Where are you?

Khamis, 29 November 2012

Kembali lagi ♥

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
sudah hampir 2 tahun blog ni x diupdate..
sorry kepada semua pengunjung. Tapi hari ini aku dah kembali. Maklumlah SPM da habis. byk cerita yg aku nak kongsikan kat korang semua. Tengoklah aku akan cuba share sume cite tu lain kali. hari ini aku cume nak cakap pasal SPM yg baru lepas. bila SPM dah tamat maknanya aku bukkan pelajar  sekolah lagi. Mesti tak lama lagi aku rindu balik kat sekolah. Ye la macam-macam peristiwa dah berlaku di situ :) korang semua doakan aku dapat 10A+ tau. dalam byk-byk paper yg aku amik. aku rasa paper biology la yg paling susah. tapi takpe semua tu dah lepas. yg penting aku dah cuba jawab sebaik mungkin. sekarang masanya aku nak berehat and enjoy... hahaha :D entah pae je aku nih kan. okay la sume ari ni cume sampai sini sahaja. sehingga post yang seterusnya.
muka budax merdeka

bergamba dgn salah seorang pengawas



Sabtu, 18 Jun 2011

Tertekan ?? Gembira ??

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Dua jenis emosi di atas silih berganti berada dalam diri aku minggu ini. Sebab utamanya ialah keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Tertekan sebab Bahasa Inggeris dapat C+!! Matematik masih tak boleh dapat 100 :( Matematik Tambahan masih tidak boleh mencapai tahap A+ :( Gembira kerana markah yang lain ada peningkatan berbanding ujian tempoh hari. Tetapi aku tahu apa yang aku terima sekarang setimpal dengan apa yang telah aku usahakan. Maklumlah aku memang tidak gemar membaca cerita BI. Macam mana nak buat karangan yang panjang dan bombastik seperti yang diminta oleh cikgu. Cikgu saya minta maaf telah mengecewakan cikgu dengan keputusan yang teruk. Ada ke tak ye buku BI yang boleh menarik minat aku membacanya? Yang penting buku tersebut tidak terlalu mahal. Tahun yang lalu aku pernah juga mencari jika ada buku BI untuk dibeli, tetapi aku hampa apabila melihat harganya yang agak mahal. Aku perlu menghapuskan gred C pada permulaan ini. Selepas itu aku perlu menghapuskan gred B dalam keputusan aku. Syaratnya aku perlu belajar dengan lebih tekun dan fokus!! Itu paling penting. Aku memang tidak berapa reti belajar sendiri. Tapi kalau aku fokus ketika cikgu mengajar. Sekejap sahaja aku boleh faham. :( :( ☺☺☻☻♥♥

Isnin, 6 Jun 2011

Anugerah tuhan

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
kesian burung sekarang ni..
habitatnya habis diceroboh.
akhirnya mereka mengambil jalan yang selamat iaitu bertelur di dalam tong pos rumah saya.
pada awalnya, saya agak pelik apabila melihat burung selalu hinggap di tong pos rumah saya.
terkejutnya saya apabila melihat ada tiga biji telur burung beserta sarangnya di dalam tong tersebut.
seminggu selepas itu, telur itupun menetas. sangat kecil.
ibun dan ayah mereka bergilir-gilir memberi makanan kepada nak mereka apabila tiba waktu makan.
tanpa saya sedari mereka sudah berbulu dan mula berbunyi dengan lebid kuat.
sekejap sahaja masa berlalu, mereka telahpun meninggalkan sarang dan mula berdikari.
lihatla foto yang saya sertakan:
proses pembesaran burung
untuk pengetahuan semua. saya tidak mengetahui jenis burung ini. ibu dan abang saya cakap burung tinjau. kakak saya cakap burung murai batu. rasanya betul burung murai kerana bunyi mereka agak kuat. lebih-lebih lagi ketika kucing saya cuba memanjat dan menangkap burung tersebut. ☺☻

Ahad, 5 Jun 2011

Pertengahan tahun

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
rasanya masih baru lagi saya menjejakkan kaki ke tingkatan 4.
sudah 5 bulan saya lepasi.
tiba masanya untuk menguji apa yang dipelajari dalam tempoh tersebut.
♥ 9-27 Mei 2011 ♥
itulah tarikhnya peperiksaan pertengahan tahun terlaksana.
walaupun agak terkejut dengan gaya soalan yang baru,
aku sudah berjaya melepasinya.
penuh debaran menunggu keputusannya.
semua usaha telah dilakukan.
bertawakal adalah usaha yang terakhir ketika menanti keputusan.
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pwtc

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
terlalu lama blog ini sunyi dari sebarang coretan..
sudah tiba masanya untuk saya menceritakan semua yang berlaku selama dua bulan yang lepas...
yang pertama sekali ialah lawatan ke pwtc.. pesta buku antarabangsa.
saya selitkan gambar :

buku dari arkib negara

buku berkenaan filem 1957

buku berkenaan perdana menteri Malaysia yang pertama ♥

Sabtu, 23 April 2011

23 April 2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
pagi tadi ada sekolah ganti. Sudahlah kena tinggal dengan bas sekolah. kena tunggu bas dekat satu jam pulak tu. aku nak cerita sikit ni. pada hari Isnin lalu ada satu perkara berlaku. aku jatuh motor! tapi yang gembiranya aku dapat cuti tiga hari. hahaha☺. kerja sekolah berlambak menunggu untuk disiapkan. luka aku tu bukanlah parah sangat sikit sahaja. walaupun begitu, aku disuntik juga oleh doktor. kena makan ubat lagi. takpe, nanti aku jadi doktor, aku suntik orang lain. haha☻. nakjadi doktor konon, biologi bukannya dapat A+. bercerita tentang pelajaran ni teringat pula dengan keputusan penilaian satu tempoh hari. dapat nombor lima??? patutnya aku dapat nombor satu. macam mana nak dapat nombor satu kalau tak dapat A semua. dapat 7A sahaja. tetapi aku dapat jugaklah mengalahkan budak 8A PMR. haha☺. lagi-lagi pelajar lelaki yang nak pupus tu. pening kepala juga nak menghafal lisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. apepon yang penting ialah 'BAHASA JIWA BANGSA'. minggu depan aku nak pergi pwtc pesta buku♥

tengok tv boleh hilangkan tekanan belajarbelajar berkumpulan baik untuk pelajar
main komputer sekali sekala tak pe☺

jom jalan-jalan tengok buku

baca buku dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea