Where are you?

Sabtu, 23 April 2011

23 April 2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
pagi tadi ada sekolah ganti. Sudahlah kena tinggal dengan bas sekolah. kena tunggu bas dekat satu jam pulak tu. aku nak cerita sikit ni. pada hari Isnin lalu ada satu perkara berlaku. aku jatuh motor! tapi yang gembiranya aku dapat cuti tiga hari. hahaha☺. kerja sekolah berlambak menunggu untuk disiapkan. luka aku tu bukanlah parah sangat sikit sahaja. walaupun begitu, aku disuntik juga oleh doktor. kena makan ubat lagi. takpe, nanti aku jadi doktor, aku suntik orang lain. haha☻. nakjadi doktor konon, biologi bukannya dapat A+. bercerita tentang pelajaran ni teringat pula dengan keputusan penilaian satu tempoh hari. dapat nombor lima??? patutnya aku dapat nombor satu. macam mana nak dapat nombor satu kalau tak dapat A semua. dapat 7A sahaja. tetapi aku dapat jugaklah mengalahkan budak 8A PMR. haha☺. lagi-lagi pelajar lelaki yang nak pupus tu. pening kepala juga nak menghafal lisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. apepon yang penting ialah 'BAHASA JIWA BANGSA'. minggu depan aku nak pergi pwtc pesta buku♥

tengok tv boleh hilangkan tekanan belajarbelajar berkumpulan baik untuk pelajar
main komputer sekali sekala tak pe☺

jom jalan-jalan tengok buku

baca buku dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

Sabtu, 16 April 2011

~tiada tajuk~

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
aku masih tak ada kerja.. haha.. tengoklah beberapa gambar yang sudah diubahsuai ni

namanya tompok.. tapi panggilan dia atom..
telefon bimbit saya yang buruk dengan pendrive saya
ini la barang yang paling penting kalau saya nak online..

Sabtu, 9 April 2011

Aku tidak ada kerja!! haha

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
kenapa tajuk coretan ini begini???
di sini saya nak selitkan beberapa screen capture:
desktop ku
gambar blog ni
profil buku muka aku.

Science On Wheel

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Hari Isnin yang lalu kelas aku dibawa ke pameran Science On Wheel di SMK Dato' Onn. Pelbagai pameran yang ada di sana. Info berkenaan tsunami di jepun juga ada dipamerkan di bas jabatan meteorologi. Untuk menerangkan lebih lanjut mengenai perkara ini. Tengoklah beberapa foto yang telah saya tangkap sepanjang pameran tersebut:

banner
kereta solar dipamerkan bersebelahan van teknologi hijau
replika runtuhan berlaku di dalam bas jabatan bomba

barang-barang menghalang sinaran alpha beta gamma mengenai bada di booth jabatan nuklear

pelbagai jenis dadah dipamerkan tentunya di jabatan anti dadah

Last week

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
minggu lepas tak sempat saya mencoret di sini. Oleh itu, hari ini saya akan mencoret perkara yang berlaku pada minggu yang lepas. Hari sabtu yang lepas, saya menghadiri majlis graduasi di sekolah. Tetapi bukan saya yang bergraduasi tetapi pelajar SPM & STPM 2010. Saya hanya menerima anugerah PMR 2010 pada hari tersebut. Ramai rakan-rakan yang berpindah hadir pada hari tersebut. Kami semua melepaskan rindu masing-masing. Saya menerima anugerah perak PMR kerana mendapat 7A1B. Pada hari tersebut, saya agak letih dan saya tidak menyiapkan kerja sekolah. hahaha... Saya juga tidak membasuh kasut sekolah pada hujung minggu tersebut. Kasut saya begitu kotor. hehehe... Di sini saya menyelitkan beberapa foto yang sempat ditangkap pada hari tersebut :


keadaan di dalam dewan
perasmi majlis : Datuk Ahmad Zahari

bestfriend ni bertemu kembali

akak-akak tingkatan 6 sibuk bergambar

sempat bergambar dengan Farisya



...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea