Where are you?

Khamis, 21 Februari 2013

Selamat Pengantin Baru c:

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. semua pengunjung.
Alhamdulillah dapat kita berkongsi cerita lagi. Kali ini cerita pasal pernikahan abang tersayang aku iaitu Mahmudin bersama Sazuana. Mula-mula aku nak mengucapkan selamat datang ke keluarga besar kami kepada Kak Sazuana. Bertambah lagi seorang ahli keluarga kami. Alhamdulillah majlis pernikahan serta resepsi di kedua belah pihak berjalan lancar. Walaupun majlis hanya dihadiri saudara-mara dan jiran tetangga di rumah aku, majlis tetap meriah. Tidak menang tangan jadinya mak dan abang akak aku. Tak dapat nak amik gambar banyak sangat. Sekian..



4 ekor comel ^_^

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Assalamualaikum w.b.t kepada semua.
Puji-pujian kepada Allah tuhan pencipta alam, Alhamdulillah dapat kita hidup dalam keadaan sihat dan aman. Cuba teka apa yang aku nak cerita hari ini. 4 ekor comel tu sebenarnya ialah anak kucing baru di rumah aku. Serius, mereka memang comel semuanya. Dapatlah mereka menggantikan anak-anak kucing yang hilang tempoh hari (boleh dapatkan maklumat dari post Bye...Bye...Kitty). Bertambahlah lagi beban buat ibunya untuk menjaga mereka. Lupa nak isytiharkan tarikh lahir mereka iaitu pada hari Jumaat, 15 Februari yang lalu. Matanya masih tertutup rapat. Mungkin pada post yang akan datang aku akan menyelitkan gambar mereka. Sampai disini sahaja untuk kali ini. Sekian.

Rabu, 20 Februari 2013

Setia Hujung Nyawa ♥

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Assalamulaikum semua pelawat... semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Tengok tajuk pon mesti semua dah tahu apa yang aku nak kongsikan hari ini. Betul la tu, pasal drama yang mencapai rating tertinggi pada awal tahun 2013 iaitu sebanyak 4 juta penonton di episod akhirnya pada 7 Februari lepas. Aku pon merupakan salah satu penonton dan peminat setia drama bersiri ini. Drama 28 episod ini telah menaikkan nama-nama pelakon baru seperti Nelydia Senrose, Amar Asyraf dan Hairul Azreen. Tak lupa juga lagu tema drama ni iaitu Setia Hujung Nyawa (Fiq Ft Gjie), Adamu (Najwa Latif), Sastera Si Kupu-Kupu(Mimie Haris) dan Maafkan Aku(Last Minute). Sebenarnya drama ni merupakan adaptasi novel Setia Hujung Nyawa hasil nukilan Fatin Nabila. Kalau kat twitter memang banyak sangat tweet pasal drama ni. Walaupun dah tamat, masih ramai yang tweet pasal drama ni. Tak lupa juga di Facebook, page Setia Hujung Nyawa telah di 'like' melebihi 100 ribu orang. Kalau korang semua nak tengok drama ini bolehlah tonton di sini. Sedikit gambar untuk semua. :p


Tiada insan suci tanpa dosa masa lalu. Tiada insan yg berdosa gelap masa depannya.

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea