Where are you?

Isnin, 31 Disember 2012

Bye...Bye...Kitty

↑coretan si blogger→ aniz
Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua pengunjung? Diharapkan semua sihat walafiat di akhir tahun 2012 ni. pasti semua tengah sibuk menyusun azam untuk tahun baru kan. rasa macam lain je tahun ni. Maklumlah biasanya bersiap nak pergi sekolah. tapi boleh berehat pulak tahun ni. Dah senyap rumah aku sekarang ni sejak semua kanak-kanak sudah kembali ke rumah mereka. TV akan dikuasai oleh aku la lepas ni. tak payah nak tengok ultraman dan superstars lagi. Berkenaan dengan tajuk di atas ini, sebenarnya sepanjang bulan ini saya sudah kehilangan kedua-dua anak kucing saya. Tinggalah ibunya keseorangan. Setelah siasatan dijalankan. Kemungkinan besar mereka telah melarikan diri menaiki kereta yang berada di rumah saya. Ini dapat disimpulkan setelah dikenalpasti kehilangan kedua-dua mereka dikesan selepas kenderaan meninggalkan tempat kejadian. Untuk menebus kesalahan. Abang aku dengan berbesar hati membawa seekor kucing untuk menjadi haiwan peliharaan di rumah. Malangnya sudah pasti si ibu kucing tidak mahu menerima kucing tersebut sebagai anak angkatnya. Oleh sebab kucing itu masih kecil. Dia memang tidak tahu diam, asyik mengiau sahaja kerja dia. Sakit jiwa juga apabla mendengarnya. Foto dibawah ini menunjukkan kucing-kucing yang telah meninggalkan rumah aku tu. Diharap kepada pengunjung yang menjumpai mereka dapat menghubungi saya. Sekian, terima kasih.



0 comments:

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea