Where are you?

Ahad, 2 Disember 2012

Love U ♥

↑coretan si blogger→ aniz
Assalamualaikum untuk semua pengunjung...
macam gedik la pulak tajuk entry hari ini. tapi takpe la sekali-sekala menggedik kejap kan. hari ini aku nak cerita pasal lawatan kitorang ke bp mall baru-baru ini. bukan tak pernah pergi bp mall. tapi kali ini best sikit sebab keluar tanpa singgah ke popular (tempat yg mesti aku singgah sebelom ni kalau pergi bp mall) maklumlah baru lepas habis exam. sempat main boling pulak tue. malu nak bagitahu kat korang semua yang ni 1st time aku main boling. sebelum ni just jadi pemerhati je. hahaha.. singgah jap dekat big cinema tengok rise of the guardian. not bad la movie tu. enjoy. yang paling penting aku jalan dengan kawan-kawan sekelas. macam buat rombongan je kitorang kat situ. terjumpe pulak dengan bekas pengetua sekolah. masih segak lagi cikgu Misli. hehehe.. lepas ni aku nak jalan- jalan lagi. mungkin bukan dengan kawan yg sama. tapi dengan kawan yang lain. ehem-ehem jangan salah anggap tau. aku jalan dengan girls sahaja. never dengan lelaki kecuali abang-abang aku je ok. cakap pasal brother ni. baru aku teringat. hari tu 29.11.2012 (hari pertama selepas exam) aku jalan-jalan dengan family pergi kuantan coz nak amik abang kesayangan aku tuh balik rumah. penat jugak la badan asyik berjalan je. semalam aku just rest dekat rumah. tapi aku rasa sepanjang bulan disember ni aku akan banyak berjalan. ye la ada kawan-kawan aku yang kan masuk plkn nanti tahun depan. jadi kena aku luangkan masa bersama diorang. tak terkecuali kawan- kawan mrsm aku. miss u all. nasib baik aku tak terpilih masuk plkn. kurang sikit beban rasanya. tapi kepada sahabat yang dapat masuk tu jangan pulak berduka sebab sebenarnya korang beruntung terpilih untuk melindungi negara.
sekian sahaja entry kali ini. till next time
BP Mall

bowling time

kktm gambang

at teluk cempedak

0 comments:

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea