Where are you?

Sabtu, 18 Jun 2011

Tertekan ?? Gembira ??

↑coretan si blogger→ aniz
Dua jenis emosi di atas silih berganti berada dalam diri aku minggu ini. Sebab utamanya ialah keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Tertekan sebab Bahasa Inggeris dapat C+!! Matematik masih tak boleh dapat 100 :( Matematik Tambahan masih tidak boleh mencapai tahap A+ :( Gembira kerana markah yang lain ada peningkatan berbanding ujian tempoh hari. Tetapi aku tahu apa yang aku terima sekarang setimpal dengan apa yang telah aku usahakan. Maklumlah aku memang tidak gemar membaca cerita BI. Macam mana nak buat karangan yang panjang dan bombastik seperti yang diminta oleh cikgu. Cikgu saya minta maaf telah mengecewakan cikgu dengan keputusan yang teruk. Ada ke tak ye buku BI yang boleh menarik minat aku membacanya? Yang penting buku tersebut tidak terlalu mahal. Tahun yang lalu aku pernah juga mencari jika ada buku BI untuk dibeli, tetapi aku hampa apabila melihat harganya yang agak mahal. Aku perlu menghapuskan gred C pada permulaan ini. Selepas itu aku perlu menghapuskan gred B dalam keputusan aku. Syaratnya aku perlu belajar dengan lebih tekun dan fokus!! Itu paling penting. Aku memang tidak berapa reti belajar sendiri. Tapi kalau aku fokus ketika cikgu mengajar. Sekejap sahaja aku boleh faham. :( :( ☺☺☻☻♥♥

0 comments:

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea