Where are you?

Isnin, 31 Disember 2012

Bye...Bye...Kitty

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua pengunjung? Diharapkan semua sihat walafiat di akhir tahun 2012 ni. pasti semua tengah sibuk menyusun azam untuk tahun baru kan. rasa macam lain je tahun ni. Maklumlah biasanya bersiap nak pergi sekolah. tapi boleh berehat pulak tahun ni. Dah senyap rumah aku sekarang ni sejak semua kanak-kanak sudah kembali ke rumah mereka. TV akan dikuasai oleh aku la lepas ni. tak payah nak tengok ultraman dan superstars lagi. Berkenaan dengan tajuk di atas ini, sebenarnya sepanjang bulan ini saya sudah kehilangan kedua-dua anak kucing saya. Tinggalah ibunya keseorangan. Setelah siasatan dijalankan. Kemungkinan besar mereka telah melarikan diri menaiki kereta yang berada di rumah saya. Ini dapat disimpulkan setelah dikenalpasti kehilangan kedua-dua mereka dikesan selepas kenderaan meninggalkan tempat kejadian. Untuk menebus kesalahan. Abang aku dengan berbesar hati membawa seekor kucing untuk menjadi haiwan peliharaan di rumah. Malangnya sudah pasti si ibu kucing tidak mahu menerima kucing tersebut sebagai anak angkatnya. Oleh sebab kucing itu masih kecil. Dia memang tidak tahu diam, asyik mengiau sahaja kerja dia. Sakit jiwa juga apabla mendengarnya. Foto dibawah ini menunjukkan kucing-kucing yang telah meninggalkan rumah aku tu. Diharap kepada pengunjung yang menjumpai mereka dapat menghubungi saya. Sekian, terima kasih.



Isnin, 3 Disember 2012

Last Extra Class

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Assalamualaikum...
tetiba pulak hari ni rasanya nak kongsi pasal hari terakhir kelas tambahan sebelom exam. mula-mula kelas biologi. cikgu siap buat jamuan kecil-kecil lagi. enjoy masa hari tu. sambil class pon ada yg masih makan. curi-curi makan pulak tu. walaupun kitorang dah banyak sakitkan hati cikgu dengan result yg teruk dan perangai kitorang yg tak berapa nak matang. cikgu masih sayangkan kami.
where is me?

tapi yg kurang syoknya kelas hari itu diadakan di makmal lain. dah akhir tahun ni pembantu makmal tu sibuk nak bersihkan makmal. terpaksalah kami menumpang di makmal lain. tapi kelas kami tetap berjalan lancar.
then kelas chemistry pulok. hari ahad tu. tapi kami masih bersemangat sebab tu adalah kelas terakhir. rajinkan guru-guru kami. sanggup menghabiskan hujung minggu mereka bersama kami. untuk kedua kalinya kami kena pindah ke kelas lain lagi. makmal kami tengat dicat. apa-apapun kami respect sangat kat semua cikgu sebab sanggup buat extra kelas untuk kami semata-mata nak kami dapat keputusan yg cemerlang.
bergambar di kantin pon jadi
hara-harap kami dapat membanggakan cikgu-cikgu semua bila keputusan keluar. akhir kata WE ♥ CIKGU.
guru kau umpama lilin yang membakar diri, sanggup mencurahkan ilmu kepada anak bangsa tak kira kau perlu mengorbankan harta dan masa, guru jasamu tidak dapat ku balas, namun hanya satu dapatku berikan, ucapan terima kasih dari bibir kami.

Ahad, 2 Disember 2012

Love U ♥

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Assalamualaikum untuk semua pengunjung...
macam gedik la pulak tajuk entry hari ini. tapi takpe la sekali-sekala menggedik kejap kan. hari ini aku nak cerita pasal lawatan kitorang ke bp mall baru-baru ini. bukan tak pernah pergi bp mall. tapi kali ini best sikit sebab keluar tanpa singgah ke popular (tempat yg mesti aku singgah sebelom ni kalau pergi bp mall) maklumlah baru lepas habis exam. sempat main boling pulak tue. malu nak bagitahu kat korang semua yang ni 1st time aku main boling. sebelum ni just jadi pemerhati je. hahaha.. singgah jap dekat big cinema tengok rise of the guardian. not bad la movie tu. enjoy. yang paling penting aku jalan dengan kawan-kawan sekelas. macam buat rombongan je kitorang kat situ. terjumpe pulak dengan bekas pengetua sekolah. masih segak lagi cikgu Misli. hehehe.. lepas ni aku nak jalan- jalan lagi. mungkin bukan dengan kawan yg sama. tapi dengan kawan yang lain. ehem-ehem jangan salah anggap tau. aku jalan dengan girls sahaja. never dengan lelaki kecuali abang-abang aku je ok. cakap pasal brother ni. baru aku teringat. hari tu 29.11.2012 (hari pertama selepas exam) aku jalan-jalan dengan family pergi kuantan coz nak amik abang kesayangan aku tuh balik rumah. penat jugak la badan asyik berjalan je. semalam aku just rest dekat rumah. tapi aku rasa sepanjang bulan disember ni aku akan banyak berjalan. ye la ada kawan-kawan aku yang kan masuk plkn nanti tahun depan. jadi kena aku luangkan masa bersama diorang. tak terkecuali kawan- kawan mrsm aku. miss u all. nasib baik aku tak terpilih masuk plkn. kurang sikit beban rasanya. tapi kepada sahabat yang dapat masuk tu jangan pulak berduka sebab sebenarnya korang beruntung terpilih untuk melindungi negara.
sekian sahaja entry kali ini. till next time
BP Mall

bowling time

kktm gambang

at teluk cempedak

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea