Where are you?

Sabtu, 18 Jun 2011

Tertekan ?? Gembira ??

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Dua jenis emosi di atas silih berganti berada dalam diri aku minggu ini. Sebab utamanya ialah keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Tertekan sebab Bahasa Inggeris dapat C+!! Matematik masih tak boleh dapat 100 :( Matematik Tambahan masih tidak boleh mencapai tahap A+ :( Gembira kerana markah yang lain ada peningkatan berbanding ujian tempoh hari. Tetapi aku tahu apa yang aku terima sekarang setimpal dengan apa yang telah aku usahakan. Maklumlah aku memang tidak gemar membaca cerita BI. Macam mana nak buat karangan yang panjang dan bombastik seperti yang diminta oleh cikgu. Cikgu saya minta maaf telah mengecewakan cikgu dengan keputusan yang teruk. Ada ke tak ye buku BI yang boleh menarik minat aku membacanya? Yang penting buku tersebut tidak terlalu mahal. Tahun yang lalu aku pernah juga mencari jika ada buku BI untuk dibeli, tetapi aku hampa apabila melihat harganya yang agak mahal. Aku perlu menghapuskan gred C pada permulaan ini. Selepas itu aku perlu menghapuskan gred B dalam keputusan aku. Syaratnya aku perlu belajar dengan lebih tekun dan fokus!! Itu paling penting. Aku memang tidak berapa reti belajar sendiri. Tapi kalau aku fokus ketika cikgu mengajar. Sekejap sahaja aku boleh faham. :( :( ☺☺☻☻♥♥

Isnin, 6 Jun 2011

Anugerah tuhan

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
kesian burung sekarang ni..
habitatnya habis diceroboh.
akhirnya mereka mengambil jalan yang selamat iaitu bertelur di dalam tong pos rumah saya.
pada awalnya, saya agak pelik apabila melihat burung selalu hinggap di tong pos rumah saya.
terkejutnya saya apabila melihat ada tiga biji telur burung beserta sarangnya di dalam tong tersebut.
seminggu selepas itu, telur itupun menetas. sangat kecil.
ibun dan ayah mereka bergilir-gilir memberi makanan kepada nak mereka apabila tiba waktu makan.
tanpa saya sedari mereka sudah berbulu dan mula berbunyi dengan lebid kuat.
sekejap sahaja masa berlalu, mereka telahpun meninggalkan sarang dan mula berdikari.
lihatla foto yang saya sertakan:
proses pembesaran burung
untuk pengetahuan semua. saya tidak mengetahui jenis burung ini. ibu dan abang saya cakap burung tinjau. kakak saya cakap burung murai batu. rasanya betul burung murai kerana bunyi mereka agak kuat. lebih-lebih lagi ketika kucing saya cuba memanjat dan menangkap burung tersebut. ☺☻

Ahad, 5 Jun 2011

Pertengahan tahun

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
rasanya masih baru lagi saya menjejakkan kaki ke tingkatan 4.
sudah 5 bulan saya lepasi.
tiba masanya untuk menguji apa yang dipelajari dalam tempoh tersebut.
♥ 9-27 Mei 2011 ♥
itulah tarikhnya peperiksaan pertengahan tahun terlaksana.
walaupun agak terkejut dengan gaya soalan yang baru,
aku sudah berjaya melepasinya.
penuh debaran menunggu keputusannya.
semua usaha telah dilakukan.
bertawakal adalah usaha yang terakhir ketika menanti keputusan.
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pwtc

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
terlalu lama blog ini sunyi dari sebarang coretan..
sudah tiba masanya untuk saya menceritakan semua yang berlaku selama dua bulan yang lepas...
yang pertama sekali ialah lawatan ke pwtc.. pesta buku antarabangsa.
saya selitkan gambar :

buku dari arkib negara

buku berkenaan filem 1957

buku berkenaan perdana menteri Malaysia yang pertama ♥

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea