tengok tv boleh hilangkan tekanan belajarbelajar berkumpulan baik untuk pelajar
Where are you?
Sabtu, 23 April 2011
23 April 2011
pagi tadi ada sekolah ganti. Sudahlah kena tinggal dengan bas sekolah. kena tunggu bas dekat satu jam pulak tu. aku nak cerita sikit ni. pada hari Isnin lalu ada satu perkara berlaku. aku jatuh motor! tapi yang gembiranya aku dapat cuti tiga hari. hahaha☺. kerja sekolah berlambak menunggu untuk disiapkan. luka aku tu bukanlah parah sangat sikit sahaja. walaupun begitu, aku disuntik juga oleh doktor. kena makan ubat lagi. takpe, nanti aku jadi doktor, aku suntik orang lain. haha☻. nakjadi doktor konon, biologi bukannya dapat A+. bercerita tentang pelajaran ni teringat pula dengan keputusan penilaian satu tempoh hari. dapat nombor lima??? patutnya aku dapat nombor satu. macam mana nak dapat nombor satu kalau tak dapat A semua. dapat 7A sahaja. tetapi aku dapat jugaklah mengalahkan budak 8A PMR. haha☺. lagi-lagi pelajar lelaki yang nak pupus tu. pening kepala juga nak menghafal lisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. apepon yang penting ialah 'BAHASA JIWA BANGSA'. minggu depan aku nak pergi pwtc pesta buku♥
Sabtu, 16 April 2011
Sabtu, 9 April 2011
Aku tidak ada kerja!! haha
Science On Wheel
Hari Isnin yang lalu kelas aku dibawa ke pameran Science On Wheel di SMK Dato' Onn. Pelbagai pameran yang ada di sana. Info berkenaan tsunami di jepun juga ada dipamerkan di bas jabatan meteorologi. Untuk menerangkan lebih lanjut mengenai perkara ini. Tengoklah beberapa foto yang telah saya tangkap sepanjang pameran tersebut:
Last week
minggu lepas tak sempat saya mencoret di sini. Oleh itu, hari ini saya akan mencoret perkara yang berlaku pada minggu yang lepas. Hari sabtu yang lepas, saya menghadiri majlis graduasi di sekolah. Tetapi bukan saya yang bergraduasi tetapi pelajar SPM & STPM 2010. Saya hanya menerima anugerah PMR 2010 pada hari tersebut. Ramai rakan-rakan yang berpindah hadir pada hari tersebut. Kami semua melepaskan rindu masing-masing. Saya menerima anugerah perak PMR kerana mendapat 7A1B. Pada hari tersebut, saya agak letih dan saya tidak menyiapkan kerja sekolah. hahaha... Saya juga tidak membasuh kasut sekolah pada hujung minggu tersebut. Kasut saya begitu kotor. hehehe... Di sini saya menyelitkan beberapa foto yang sempat ditangkap pada hari tersebut :
Categories
Diary,
happy,
Special day
Langgan:
Catatan (Atom)
Makluman
perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p