Where are you?

Jumaat, 18 Februari 2011

19/2/2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Hari ini saya ada sekolah ganti, bertambah lagi kerja rumah v.v , dapat balik awal.. :) tetapi kena naik bas, penat =_=' laptop sudah rosak T.T dapat main laptop abang, itu pun hari minggu sahaja ^_^ hehe. kerja rumah seperti biasa berlambak. malam ini akan bermula operasi menamatkannya sehingga esok. esok tidak dapatlah nak bercoret agaknya, tiada apa untuk dibahaskan hari ini. seperti biasa saya akan menyelitkan beberapa foto untuk tatapan semua :)




tetidur kenyang sangat


dah kenyang jilat jari.
















sedapnya air boleh mintak.

















hehe.. bawak anak mandi dalam singki ke? seronok nampak..




















nak tembak apa tu. tikus ke kucing lain.. hehe..

Sabtu, 12 Februari 2011

13 Februari 2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Mula-mula saya nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada kakak saya, Siti Fatimah. Dia sudah berumur 24 tahun!! ☺ seperti hari-hari minggu yang biasa, saya akan menyiapkan kerja sekolah dan melayari internet ☻ esok perlu ke sekolah lagi v.v pertama kali belajar additional mathematics dangan cikgu adam agak pening, sebab cara dia mengajar function berlainan dengan cikgu ee =.=' saya akan cuba memahaminya >.o kata kakak saya belajar dengan cikgu adam senang nak faham ☺
senarai kerja rumah =
* BI - Literature
* BM - Karangan
* PI - Latihan & hafazan
Yeah! >.o ! tinggal sikit sahaja. 시도

Jumaat, 11 Februari 2011

tak tahu nak cakap apa O.o

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
:) :) :p hehehememang lansung tak tahu nak coret apa hari ini. tadi lambat datang ke sekolah :p "pertama kali". keja sekolah yang saya dapat hari ini cuma 2 sahaja " Alhamdulillah". esok kena sekolah v_v. ada larian perdana mahkota. saya tak nak lari!! hehe. lepas tu ada perjumpaan koko macam biasa. balik rumah mesti kena buat kerja sekolah, basuh kasut & lain-lain. :o saya sudah kehabisan idea, nak coret apa lagi ni !! kelakar betul kan :) letak gambar sikit la >

comel tak gambar ni pinky!

saya paling suka ni. POOH!

anime becermin mata... huhu

sesuai dengan keadaan saya sekarang.. blur~


Selasa, 1 Februari 2011

Reda

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Alhamdulillah, akhirnya berhenti juga hujan pada hari ini, bolehla ibu menjemur pakaian, semoga ia berterusan buat beberapa hari. Kawasan berdekatan sudah dilanda bah, janganlah sini pula ditelenggami banjir.
Bercakap berkenaan tentang banjir ni, teringat pula kenangan lampau. Bermain sampan masuk dalam rumah ☻. Tinggal di tempat pemindahan, tinggal dirumah kakak. Kalau waktu persekolahan mesti seronok dapat bercuti panjang, tapi ketika itu memng waktu cuti semester akhir tahun. Bah yang kedua barulah waktu persekolahan, dapatla bercuti ☺. Bermain sampan bocor ☻ sempat juga mendayung sampan di halaman rumah. Itupun ketika bah sudah mulai surut, ibu tidak bagi tinggal dirumah. Kalau boleh, mesti seronok☺. Beraya Haji di pusat pemindahan, makan besar ♥. Tinggal dirumah kakak, terperap, ingat boleh berjalan-jalan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, rupa-rupanya dapat berjalan sekitar taman je ☻. Ye la, waktu itu saya pon masih kecil lagi, baru berumur 12 tahun.
Pergi sekolah terasa bangga sangat, sebab apa? Sebab saya seorang sahaja yang hadir dalam kelas saya, satu sekolah yang datang 5 orang murid sahaja ☺. Cikgu pula tidak mengajar, yang mengajar hanya seorang cikgu, itupun mengajar pra-sekolah ☻.
Kalau banjir tak lama lagi, tak dapat yang bayangkan. Abang dah mula menyimpan barang ditempat yang lebih tinggi. Habis semua barang yang tak digunakan dibakar ☺. Saya adalah juga menolong kakak mengemas dapur.
Nasib baik rumah saya ada dua aras, aras bawah dan aras atas, kalau banjir semua naik atas. Rsban ayam pun tinggi juga, kalau tak masuk reban, ayam tu mesti panjat pokok ☻. Habislah pokok-pokok emak. macam dulu, banyak juga pokok yang mati disebabkan banjir. Dengar-dengar macam akak nak beli beg politena, naka selamatkan pokok lada dan serai dia tu la ☺.
Nampaknya hari ni cuaca memang cerah. Takut kalau-kalau banjir ditempat lain turun ke sini. Sebab tu tengah bersiap sedia je. Nasib baik kalau tempat ni dilanda banjir tidak terus tinggi, air akan naik perlahan-lahan. sempat la mengangkat barang-barang dan harta karun ☻.
Sedar tak sedar saya sudah banyak sangat mencoret di sini. Lain kali saya mencoret lagi ye.

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea