Where are you?

Selasa, 1 Februari 2011

Reda

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Alhamdulillah, akhirnya berhenti juga hujan pada hari ini, bolehla ibu menjemur pakaian, semoga ia berterusan buat beberapa hari. Kawasan berdekatan sudah dilanda bah, janganlah sini pula ditelenggami banjir.
Bercakap berkenaan tentang banjir ni, teringat pula kenangan lampau. Bermain sampan masuk dalam rumah ☻. Tinggal di tempat pemindahan, tinggal dirumah kakak. Kalau waktu persekolahan mesti seronok dapat bercuti panjang, tapi ketika itu memng waktu cuti semester akhir tahun. Bah yang kedua barulah waktu persekolahan, dapatla bercuti ☺. Bermain sampan bocor ☻ sempat juga mendayung sampan di halaman rumah. Itupun ketika bah sudah mulai surut, ibu tidak bagi tinggal dirumah. Kalau boleh, mesti seronok☺. Beraya Haji di pusat pemindahan, makan besar ♥. Tinggal dirumah kakak, terperap, ingat boleh berjalan-jalan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, rupa-rupanya dapat berjalan sekitar taman je ☻. Ye la, waktu itu saya pon masih kecil lagi, baru berumur 12 tahun.
Pergi sekolah terasa bangga sangat, sebab apa? Sebab saya seorang sahaja yang hadir dalam kelas saya, satu sekolah yang datang 5 orang murid sahaja ☺. Cikgu pula tidak mengajar, yang mengajar hanya seorang cikgu, itupun mengajar pra-sekolah ☻.
Kalau banjir tak lama lagi, tak dapat yang bayangkan. Abang dah mula menyimpan barang ditempat yang lebih tinggi. Habis semua barang yang tak digunakan dibakar ☺. Saya adalah juga menolong kakak mengemas dapur.
Nasib baik rumah saya ada dua aras, aras bawah dan aras atas, kalau banjir semua naik atas. Rsban ayam pun tinggi juga, kalau tak masuk reban, ayam tu mesti panjat pokok ☻. Habislah pokok-pokok emak. macam dulu, banyak juga pokok yang mati disebabkan banjir. Dengar-dengar macam akak nak beli beg politena, naka selamatkan pokok lada dan serai dia tu la ☺.
Nampaknya hari ni cuaca memang cerah. Takut kalau-kalau banjir ditempat lain turun ke sini. Sebab tu tengah bersiap sedia je. Nasib baik kalau tempat ni dilanda banjir tidak terus tinggi, air akan naik perlahan-lahan. sempat la mengangkat barang-barang dan harta karun ☻.
Sedar tak sedar saya sudah banyak sangat mencoret di sini. Lain kali saya mencoret lagi ye.

Ahad, 30 Januari 2011

Ayam ☼

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Ayam-ayam yang dibela ibu♥













.

Khamis, 27 Januari 2011

Bunga-bungaan

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
hari ni saya memuatnaik beberapa gambar bunga di rumah saya




sebenarnya sebab utama saya memuatnaik gambar ni untuk tunjuk gambar yang saya ambil sendiri. ada macam profesional tak ☻ selain itu, saya memang suka tengok bunga, tenang ♥
ada banyak lagi gambar yang akan dimuatnaik pada masa akan datang, jangan bosan ye, ☺

Sabtu, 22 Januari 2011

Sayur-sayuran

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
terdapat bannyak sayur-sayuran yang ditanam oleh ibu saya diskeliling rumah. hari ini saya nak tunjuk yang ibu tanam dibelakang rumah dahulu.
ini adalah pokok limau nipis. jarang digunakan oleh ibu saya dalam masakan.
ini adalah sayur meranti. sedap ditumis dan direbus ☻
serai (bahan yang penting dalam masakan). banyak kan. senang kalau kenduri. ☺
bunga apa ni? boleh masak ke. ☻ sebanarnya ni bunga untuk buah dibawah
labu rupanya. pucuknya juga boleh dimasak. kakak saya suka makan pucuknya ♥
cantik kan bunga ni. ni pula sebenarnya bunga limau kasturi. wangi baunya ♥
ni mesti ramai tak tahu, bunga terung pipit. sedap dimasak dengan sardin ♥
ini adalah kegemaran ramai. cili padi/lada rawit(banjar) sedap dibuat sambal♥
ni mesti lagi ramai tak tahu. boleh makan tak? mestilah. kalau tudak kenapa ditanam. pucuk manis.
ni pun salah stu bahan yang penting dalam masakan terutamanya untuk menggoreng. kunyit asli(bukan serbuk) ☺



Di hening petang... 21/1/2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
sepatutnya saya tulis coretan ini pada malam sabtu, tapi tak sempat pula, sebab hari sabtu sekolah, jadi hari ini saya akan mencoret tentang apa yang saya lakukan hari tersebut.
api yang dibuat oleh kakak saya, satu pencemaran alam!! hehe☺.bakar rumput-rumput kering, untuk djadikan baja.
asap hasil pembakaran terbuka ☻hehe
pokok sawit yang sudah tiada daun (bogel) .macam tiang lampu/rumah. tapi di pokok itu ada tumbuhan yang menumpang,
inilah dia..
ini pula ialah pokok kelapa sawit yang sudah diurai oleh semut-semut.(betul ke ayat ni? ☻)


Khamis, 20 Januari 2011

♥ 21/1/2011 ♥

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
saya rasa gembira sangat hari ni.
nak tahu kenapa?
sebab sahabat-sahabat baik saya diterima masuk ke mrsm, gembira untuk mereka sahaja, kerana saya tidak memohon mrsm, saya suka tinggal di kampung.

walaupun saya akan berpisah dengan mereka.
saya gembira, kerana masa hadapan mereka lebih terjamin.
ada juga kawan-kawan yang dapat sbp, tapi mereka macam tidak mahu berpindah sahaja, saya harap mereka pergi, bukan apa, peluang mereka sudah ada, nanti menyesal pula, tidak pergi.
TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN




...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea