Followers
shout here !
Blog Archive
Tempat lain
NuFfNaNg
sing a song
Bubbleplace. Dikuasakan oleh Blogger.
Where are you?
Jumaat, 11 Februari 2011
tak tahu nak cakap apa O.o
:) :) :p hehehememang lansung tak tahu nak coret apa hari ini. tadi lambat datang ke sekolah :p "pertama kali". keja sekolah yang saya dapat hari ini cuma 2 sahaja " Alhamdulillah". esok kena sekolah v_v. ada larian perdana mahkota. saya tak nak lari!! hehe. lepas tu ada perjumpaan koko macam biasa. balik rumah mesti kena buat kerja sekolah, basuh kasut & lain-lain. :o saya sudah kehabisan idea, nak coret apa lagi ni !! kelakar betul kan :) letak gambar sikit la >
Selasa, 1 Februari 2011
Reda
Alhamdulillah, akhirnya berhenti juga hujan pada hari ini, bolehla ibu menjemur pakaian, semoga ia berterusan buat beberapa hari. Kawasan berdekatan sudah dilanda bah, janganlah sini pula ditelenggami banjir.
Bercakap berkenaan tentang banjir ni, teringat pula kenangan lampau. Bermain sampan masuk dalam rumah ☻. Tinggal di tempat pemindahan, tinggal dirumah kakak. Kalau waktu persekolahan mesti seronok dapat bercuti panjang, tapi ketika itu memng waktu cuti semester akhir tahun. Bah yang kedua barulah waktu persekolahan, dapatla bercuti ☺. Bermain sampan bocor ☻ sempat juga mendayung sampan di halaman rumah. Itupun ketika bah sudah mulai surut, ibu tidak bagi tinggal dirumah. Kalau boleh, mesti seronok☺. Beraya Haji di pusat pemindahan, makan besar ♥. Tinggal dirumah kakak, terperap, ingat boleh berjalan-jalan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, rupa-rupanya dapat berjalan sekitar taman je ☻. Ye la, waktu itu saya pon masih kecil lagi, baru berumur 12 tahun.
Pergi sekolah terasa bangga sangat, sebab apa? Sebab saya seorang sahaja yang hadir dalam kelas saya, satu sekolah yang datang 5 orang murid sahaja ☺. Cikgu pula tidak mengajar, yang mengajar hanya seorang cikgu, itupun mengajar pra-sekolah ☻.
Kalau banjir tak lama lagi, tak dapat yang bayangkan. Abang dah mula menyimpan barang ditempat yang lebih tinggi. Habis semua barang yang tak digunakan dibakar ☺. Saya adalah juga menolong kakak mengemas dapur.
Nasib baik rumah saya ada dua aras, aras bawah dan aras atas, kalau banjir semua naik atas. Rsban ayam pun tinggi juga, kalau tak masuk reban, ayam tu mesti panjat pokok ☻. Habislah pokok-pokok emak. macam dulu, banyak juga pokok yang mati disebabkan banjir. Dengar-dengar macam akak nak beli beg politena, naka selamatkan pokok lada dan serai dia tu la ☺.
Nampaknya hari ni cuaca memang cerah. Takut kalau-kalau banjir ditempat lain turun ke sini. Sebab tu tengah bersiap sedia je. Nasib baik kalau tempat ni dilanda banjir tidak terus tinggi, air akan naik perlahan-lahan. sempat la mengangkat barang-barang dan harta karun ☻.
Sedar tak sedar saya sudah banyak sangat mencoret di sini. Lain kali saya mencoret lagi ye.
Ahad, 30 Januari 2011
Khamis, 27 Januari 2011
Sabtu, 22 Januari 2011
Sayur-sayuran
terdapat bannyak sayur-sayuran yang ditanam oleh ibu saya diskeliling rumah. hari ini saya nak tunjuk yang ibu tanam dibelakang rumah dahulu.
ini adalah pokok limau nipis. jarang digunakan oleh ibu saya dalam masakan.

ini adalah sayur meranti. sedap ditumis dan direbus ☻


serai (bahan yang penting dalam masakan). banyak kan. senang kalau kenduri. ☺
Di hening petang... 21/1/2011
sepatutnya saya tulis coretan ini pada malam sabtu, tapi tak sempat pula, sebab hari sabtu sekolah, jadi hari ini saya akan mencoret tentang apa yang saya lakukan hari tersebut.

api yang dibuat oleh kakak saya, satu pencemaran alam!! hehe☺.bakar rumput-rumput kering, untuk djadikan baja.

asap hasil pembakaran terbuka ☻hehe

pokok sawit yang sudah tiada daun (bogel) .macam tiang lampu/rumah. tapi di pokok itu ada tumbuhan yang menumpang,

inilah dia..

ini pula ialah pokok kelapa sawit yang sudah diurai oleh semut-semut.(betul ke ayat ni? ☻)
Langgan:
Catatan (Atom)
Makluman
perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p































