










.

~setiap buih ada cerita
ini adalah pokok limau nipis. jarang digunakan oleh ibu saya dalam masakan.
api yang dibuat oleh kakak saya, satu pencemaran alam!! hehe☺.bakar rumput-rumput kering, untuk djadikan baja.
asap hasil pembakaran terbuka ☻hehe
pokok sawit yang sudah tiada daun (bogel) .macam tiang lampu/rumah. tapi di pokok itu ada tumbuhan yang menumpang,
saya rasa gembira sangat hari ni.♥nak tahu kenapa? ☺sebab sahabat-sahabat baik saya diterima masuk ke mrsm, gembira untuk mereka sahaja, kerana saya tidak memohon mrsm, saya suka tinggal di kampung. ☻ ♪walaupun saya akan berpisah dengan mereka.saya gembira,☻ kerana masa hadapan mereka lebih terjamin.ada juga kawan-kawan yang dapat sbp, tapi mereka macam tidak mahu berpindah sahaja, saya harap mereka pergi, bukan apa, peluang mereka sudah ada, nanti menyesal pula, tidak pergi.TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN‼
semalam ada ko-korikulum, dah jadi s/u ni banyak la kerjanya,sebab penat sangat semalam,hari ni la baru boleh buat kerja sekolah,sikit-sikit buat,lama-lama siap la kan,hehe...sempat berblogger pula,haha...
tengah bosan-bosan petang ni...teringin nak tukar template pula...cantik tak template ni..sebab nama blog ni bubbleplace kenalah saya cari template yang ada bulat-bulat ni..huhu...saya kena buat kerja sekolah pula lepas ni...walaupun hari cuti, kena juga buat kerja... hahapelajar biasalah...
Malam ni saya perlu menyiapkan kerja sekolah...walaupun agak penat, saya perlu melakukannya...kerana esok saya hendak ke sekolah...Berusaha!!!Berusaha!!! haha ☺
satu harapan baru saya bawa pada tahun ini selepas kekecewaan pada PMR yang lepas..selepas 3 hari menjalani orientasi tingkatan 4...akhirnya saya memasuki kelas 4 SPM 1...satu cabaran bagi saya apabila mendapat kelas di tingkat 4...setiap hari termengah-mengah menaiki tangga... hahaha...saya mengambil 10 subjek...saya harap saya dapat membawanya...
Lama rasanya saya tak mencatat di blog...saya mulakan dengan catatan ini....Keputusan PMR keluar pada 23.12.10 yang lepas...harapan saya untuk mendapat 8A tidak tercapai nampaknya...7A1B sahaja yang diperoleh...yang memalukan adalah B=BM...jadi kepada semua pelawat di blog ini...saya akan menggunakan ayat yang penuh apabila mencoret catatan...
Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea