Where are you?

Khamis, 31 Mac 2011

1 April 2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
template baru cantik tak? saja nak buat yang ringkas. serabut sangat dulu. sakit mata. widget pon banyak yang baru. esok ada majlis graduasi di sekolah. saja sibuk nak naik pentas kacau pelajar spm& stpm 2010. haha. kerja rumah! ada sesiapa nak tolong buat tak? saya suka sahaja.
saya dapat pc baru. huhu. tak payah nak berebut dengan kakak & abang apabila nak online. nak selit gambar apa ya?






terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya ya semua!

Isnin, 28 Mac 2011

28 Mac 2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Semalam tak sempat nak bercoret... pergi kenduri di tebrau... lama perjalanan... sampai di rumah tidur... huhu.. hari ni sempat sahaja nak bercoret... tadi sekolah macam biasa naik tingkat 4... kerja rumah bertambah... dengan kelas tambahan lagi.. esok ada kelas lagi addmath... yeh!! saya suka addmath... sedang menunggu keputusan penilaian 1.. semoga dapat nombor bawah lima.. jangan lebih.. buku teraju akan keluar tak lama lagi.. cikgu sudah dapat... malunya gambar tak cantik... nak siapkan kerja sekolah yang berlambak.. dengan video lagi... bertenang.. kihkihkih...
selit gambar lagi
anak sedaraku

comel

snapshoot

bosan

ni la kenduri yang aku pergi tu


Jumaat, 11 Mac 2011

12 Mac 2011

↑coretan si blogger→ aniz 0 comments
Sedar tak sedar, sudah tiga bulan saya belajar di tingkatan empat. Cuti pertengahan semester satu pun dah bermula. Saya rasa saya dah macam budak tingkatan 5 pula, mana taknye, dari hari isnin nanti sampai la hari khamis ada kelas tambahan. Tapi saya rasa memang perlu kelas tambahan, sebab memang berat belajar tingkatan 4 ni. Perlu banyak ulangkaji dan buat latihan. Masa penilaian satu yang lepas, memang agak susah. Alhamdulillah, semua lulus setakat ini. Tinggal biologi sahaja yang belum tahu. Takut sangat kalau tak lulus. Nama pun pelajar sekolah kan, cuti seminggu ini kerja rumah dah berlambak menunggu. Paling banyak BI dan BM la. Tak mengapa, cuti seminggu, mesti boleh siapkan punya. Silap-silap nanti, tinggal dua hari nak mula sekolah baru la sibuk menghadap buku. Haha. Seperti biasa saya nak selitkan gambar-gambar :)
sedapnya kalau makan kek
cuti sekolah ni kena la gembira >.<
jangan pening buat kerja sekolah
akhir sekali, SELAMAT CUTI SEKOLAH SEMUA

...

Related Posts with Thumbnails

Makluman

perkataan yang gelap merupakan perkataan yang tidak sesuai untuk digunakan dalam karangan(rasmi) :p
 

Bubbleplace ♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea